Nuffnang!!!!!

Tuesday, March 1, 2011

Boring vs bosan

Assalammualaikum wbt,

borrinnngggnyeeeee!!

apa bende yang kita buat dalam dunia ni untuk hilangkan rasa bosan di tempat kerja?asik nak ngadap laptop, nak search website kang bos nampak, kantoi lak...nak kaco org, nnt kantoi double lagi...haih....bosan dan boring...ada paham ka?korg penah tak rasa perasaan yang sama??hehee..adoi2...so, berlakon je la konon-konon rajin..biar bos tengok 'oh rajinnya budak ini"..padahal taip blog sendiri.hahahahha

Sunday, February 6, 2011

IKAN BAKAR

**ihsan dari google image**


airini masuk opis tak ramai lagi yang masuk keje (mungkin masih mood cuti)...tenghari tadi kak ila tolong tapaukan ikan bakar kat glenmarie court..yummy!!kenyang tu..xyah makan ngn nasi dah kenyang..hehhehe..sedap giler sambal dia..

urm..sebenarnya, xtau la nak merapu apa kat blog yang sentiasa sunyi ni.dah la tak da followers....takda comment pun...rasanya mesti takda org sudi nak baca pun..tapi bagus jugak..boleh sesuka hati merapu2 rapu2 ikan kerapu..ehehhehheehe..

tip bila makan makanan yang di bakar atau dah kene bakar ni, contoh amcam sate, setau saya la kene makan timun/bawang eh untuk nuetralkan semula karbon2 dari makanan yg bakar tu sebab senang kene penyakit contoh cancer..mungkin la...sebab mcm pernah terbaca dari artikel.sebab itu bila org jual sate tu, dia bukan suka2 provide skali timun dan bawang tu..itu suma ada sebab dan alasan dia selain penyedap makanan..so, kalau nak tau lebih lanjut, sila lah rajin2 kan diri sendiri tu search for more info..dah internet unlimited access..daripada kita tengok bende xberfaedah, baiklah kaji atau baca sesuatu yang boleh tambah kan ilmu supaya ilmu itu berguna kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat...hua3..

Tuesday, February 1, 2011

Camping!!

Last weekend dapat join camping at sg.chilling!!yeahhhh..seronok betulll.....tapi tak da la gmbar sekarang ni..next time la upload(kalau rajin).huhuhuhu..

hApPy nEW yEar...gONG xI fA cHAI!!!

Wednesday, January 12, 2011

Kurus!!

Macam-macam cara nak kurus..cuma rasa nak kesan cepat atau lambat.Tapi biasanya kalau bende yang instant tu selalunya mesti ada side effect.. terpulang kepada individu je la nak yang mana..kalau nak kurus cara sihat, xda cara lain ah..kene joging/aerobik/gym.Pastu jaga pemakanan..xleh makan itu ini, bergoreng..banyak la pantang larang..

Tapi kalau nak makan ubat-ubatan, sepatutnya kene/perlu tau serba sket pasal kesan atau cara pemakanan ubat tu sendiri..kalau tak, memang bahaya..ada gak yang bleh bawa maut!
So, kat sini ada lah sket info pasal pil-pil untuk kurus yang selalu orang makan tapi main bedal je..SElamat Beramal!!!

Appetite suppresantUbat jenis ini digunakan untuk mengekang selera makan anda. Antara jenama yang ada di pasaran ialah Adipex Retard, Duromine, Ionamin, Panbesy, dsb. Kesemuanya mengandungi phentermine. Ia berkait dengan ubat seperti amphetamine (ecstasy). Ubat-ubatan ini dikenali sebagai ubat-ubat psikotropik. Pembelian di farmasi hendaklah disertakan dengan preskripsi dari doktor.

Ubat dari jenis ini hendaklah diambil dengan berhati-hati. Anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor untuk membuat pemeriksaan terlebih dahulu mengambilnya. Pesakit jantung, galukoma, hyperthyroidism ataupun yang pernah menagih dadah tidak boleh mengambil ubat ini. Ubat ini boleh menyebabkan ketagihan.

Ubat jenis ini mempunyai banyak kesan-kesan sampingan dan penggunaan yang lama tidak digalakkan. Pengambilan melebihi tiga bulan berturut-turut adalah tidak dibenarkan. Antara kesan sampingan yang paling ketara ialah rasa resah (restlessness), menjadi lebih agresif dan sukar tidur. Kesan-kesan ini berlaku kerana ubat dari jenis ini bertindak di bahagian otak pengambilnya untuk memberhentikan selera makannya. Antara kesan sampingan lain ialah tekanan darah naik, mulut kering, dsb. Oleh kerana ubat ini (contohnya Duromine) berkesan selama 16 jam, pengambilnya yang menghadapi masalah untuk tidur perlu mengambilnya pada awal pagi (sebaik sahaja bangun pagi).
Pengambilan ubat ini bersama-sama dengan ubat kurus yang lain adalah tidak digalakkan. Pengambilannya bersama-sama dengan ubat monoamine oxidase inhibitor adalah tidak dibenarkan.

Amino asid l-phenylalanine juga dikatakan boleh membantu mengawal selera makan. Ia boleh diambil sebagai alternatif yang selamat berbanding ubat-ubat konvensional biasa.

Makanan Gantian (Meal Replacement)
Rawatan dari jenis ini mengandungi makanan yang perlu anda ambil mengikut peraturannya, dan berhenti daripada mengambil makanan-makanan yang biasa diambil seperti nasi untuk makan tengahari, dsb. Dalam kata lain, anda hanya boleh mengambil produk ini sahaja sepanjang tempoh rawatan. Bergantung kepada jenis produk yang anda beli, ada yang menyarankan anda mengambilnya dua kali sehari dan ada yang tiga kali sehari. Ada juga yang membenarkan anda meminum susu, dan ada juga yang membenarkan anda mengambil sedikit makanan sekiranya anda rasa betul-betul lapar. Produk-produk jenis ini mengandungi low calory diet (makanan berkalori rendah) atau very low calory diet (makanan berkalori sangat rendah).

Sebagaimana yang dinyatakan bahawa pemakanan yang baik dan senaman yang kerap adalah penting untuk membantu anda mengurangkan berat anda secara berkesan dan untuk jangka masa yang lama. Email kami yang terdahulu juga ada menyatakan bahawa penurunan berat badan antara 5-10% adalah memadai untuk mengurangkan risiko-risiko berkaitan dengan kegemukan.

Rawatan melalui pemakanan gantian ini adalah antara cara yang efektif untuk mengurangkan berat badan dengan cepat. Bagaimanapun adalah penting supaya mereka yang mengamalkannya mempunyai daya motivasi yang tinggi. Ini kerana sepanjang rawatan ini anda akan rasa ketagih untuk makan makanan yang tidak sepatutnya anda ambil. Banyak antara mereka ini merasa tertekan dan sukar untuk melawan nafsu makan mereka. Akhirnya, bila mereka mengambil makanan yang tidak dibenarkan, terutamanya makanan berlemak, badan mereka mendapati bahawa lemak ini menjadi lebih sukar untuk dibuang. Berat badan akan naik semula (kesan yo-yo). Ini adalah akibat dari penurunan kadar metabolisma badan mereka semasa mereka menjalani rawatan melalui pemakanan gantian ini.

Selalunya produk jenis ini juga mempunyai bahan yang membantu anda mengurangkan rasa ingin makan dengan mencampurkan bahan seperti serat di dalamnya. Oleh itu nafsu makan anda sedikit sebanyak dapat dikawal.
Produk-produk ini menurunkan berat badan dengan menambah metabolisma lemak. Ia tidak menghakis otot (protin) dari badan anda. Oleh itu tone badan anda dapat dikekalkan.
Antara perkara lain yang perlu diperhatikan semasa mengambil produk ini ialah :
Sila ikuti program makanan yang disediakan bersama-sama dengan produk yang anda beli, sekiranya ada.
Jangan campur dengan air yang panas kerana ia akan merosakkan amino asid yang ada di dalam produk-produk ini.
Antara jenama yang ada di pasaran Malaysia ialah :

Cambridge Diet
21st Century Fat Burner
Lipase inhibitor

Xenical adalah antara ubat terkini yang digunakan untuk tujuan menguruskan berat badan. Ia mengandungi orlistat 120mg dalam setiap kapsul berwarna biru.
Xenical bertindak dengan memberhentikan fungsi enzim lipase. Enzim lipase bertanggungjawap memecahkan lemak yang kita ambil dari pemakanan kepada free fatty acids dan monoglycerides. Oleh kerana lemak ini tidak dipecahkan (atau tidak dicerna) ia tidak boleh memasuki sistem darah pengambilnya.
Xenical hendaklah diambil sebelum makan atau dalam masa sejam selepas makan. Pengambilan Xenical tidak perlu sekiranya makanan yang diambil tidak mengandungi lemak.

Pengambilan Xenical hendaklah diberhentikan selepas 12 minggu (3 bulan) sekiranya berat badan tidak turun sekurang-kurangnya 5% daripada berat badan asal.
Oleh kerana produk ini menyerap lemak, vitamin yang larut dalam lemak seperti beta carotene, vitamin A, D, E dan K (sama ada dalam tablet atau dari sumber asli seperti sayuran) tidak akan diserap oleh badan. Oleh itu pengambilan vitamin ini dengan Xenical hendaklah dijarakkan sekurang-kurangnya dua jam (2 jam adalah cukup kerana fungsi Xenical tidak memerlukannya untuk diserap ke dalam darah - di mana ini akan mengambil masa yang lebih lama). Begitu juga, pil perancang yang dibuat daripada kolesterol tidak boleh diambil pada masa yang sama dengan Xenical. Antara ubatan lain yang tidak boleh diambil sekali ialah digoxin, metformin, nifedipine, phenytoins, statins dan warfarin.
Xenical tidak boleh diambil oleh mereka yang alahan dengannya, mereka yang mengalami masalah dalam penyerapan makanan dan pesakit cholestasis.
Antara kesan sampingan pengambilan Xenical ini ialah masalah yang berkaitan dengan perut - najis berminyak, lebih kerap buang air dan tidak boleh mengawal buang air besar. Selain itu ia menghalang penyerapan beberapa vitamin (lihat di atas) di mana ini mungkin memerlukan anda mengambil pil-pil vitamin seperti multivitamin.

Chitosan
Chitosan diperbuat daripada polysaccharide chitin. Ia adalah kanji yang banyak terdapat di dalam kulit udang, kerang dan binatang laut berkulit yang lain.
Fungsi chitosan ini samalah seperti fibre (serat) tetapi ia mempunyai kelebihan iaitu ia boleh melekat kepada lemak. Chitosan mengandungi caj-caj positif, dan ini membolehkannya melekat kepada lemak, kolesterol, triglyceride dan asid hempedu yang mengandungi caj-caj negatif.
Oleh kerana ia tidak dicerna dan diserap ia tidak menambah kalori ke dalam badan anda.
Kesan-kesan baik yang didapati dengan memakan chitosan
Lemak-lemak dari makanan boleh ditapis. Lemak-lemak ini dikeluarkan dari badan dan tidak diserap ke dalam badan.
Mengurangkan LDL (kolesterol tidak baik) dan meningkatkan HDL (kolesterol baik).
Antacid. Ia melawan asid berlebihan yang dikeluarkan dalam perut / usus. Baik untuk yang menghidapi ulser dan gastrik.
Keburukan chitosan
Chitosan melekat kepada vitamin yang larut dalam lemak, iaitu vitamin A, D, E dan K. Ada kemungkinan juga chitosan melekat kepada beta carotene. Ini menyebabkan vitamin-vitamin ini tidak dapat diserap oleh badan.
Chitosan mengurangkan penyerapan kalsium. Orang yang berisiko menghidapi osteoporosis tidak digalakkan mengambil chitosan.
Chitosan boleh mengurangkan kandungan bakteria baik Bifidobacteria dan Lactobacillus. Bakteria ini penting dalam fungis enzim yang sempurna di samping penting untuk pengeluaran vitamin tertentu.
Chitosan boleh menghalang penyerapan ubat-ubat tertentu yang bergantung penyerapannya kepada penyerapan lemak. Ubat-ubatan yang diperbuat daripada lemak seperti pil perancang hendaklah diambil empat jam sebelum atau selepas pengambilan chitosan.
Sebagai fibre (serat), chitosan menarik air. Kekurangan air boleh menyebabkan sembelit. Terlalu banyak chitosan pula boleh menyebabkan anda rasa kenyang.
Siapa yang tidak boleh menggunakan chitosan
Tidak semua orang boleh mengambil chitosan. Invdividu di bawah ini disarankan tidak mengambil chitosan :
Mengandung atau menyusukan bayi
Orang yang mengambil ubat-ubat seperti blood thinner
Orang yang mengalami osteoporosis
Orang yang memakan ubat yang banyak. Ini kerana pemakanan ubat pada waktu yang berdekatan dengan pengambilan chitosan menyebabkan ubat tersebut mungkin tidak berfungsi sepenuhnya.

Pembakar lemak
Antara ubat yang sering digunakan untuk tujuan ini ialah benfluorex (Mediaxal) yang berfungsi membaiki metabolisma lemak dan karbohidrat. Selain daripada itu, penggunaan asid amino seperti methionine, choline, inositol, betaine dan l-arginine juga sering digunakan. Asid amino jenis ini bukan sahaja membantu membakar lemak, tetapi juga menyebabkan pengeluaran lecithin oleh hati meningkat. Walaupun tidak digunakan untuk menguruskan badan, lecithin membantu mencairkan kolesterol (Kolesterol ialah lemak di dalam darah dan tidak ada kaitan dengan sais badan).